Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. ke
Taif
Selama sembilan tahun selepas perlantikan Nabi
Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah s.w.t., Nabi
Muhammad s.a.w telah menjalankan dakwah dikalangan kaumnya sendiri
disekitar kota Mekah untuk memimpin dan memperbaiki keadaan hidup
mereka.Segelintir manusia sahaja yang telah memeluk agama Islam
ataupun yang bersimpati dengan Baginda s.a.w.,
yang lainnya mencuba dengan sedaya upaya untuk mengganggu dan menghalang Baginda
s.a.w dan pengikut-pengikutnya. Diantara mereka yang bersimpati dengan
perjuangan Baginda s.a.w termasuk Abu Talib bapa
saudara Baginda s.a.w sendiri. Sungguhpun begitu
Abu Talib tidak memeluk agama Islam.
Berikutan dengan kematian Abu Talib, pihak Khuraish berasa bebas untuk memperhebatkan gangguan dan penentangan mereka terhadap Baginda s.a.w. Di Taif, bandar yang kedua terbesar di Hijaz, terdapat Bani Thafiq suatu puak yang sangat kuat dan besar bilangan ahlinya. Nabi Muhammad s.a.w. berlepas keTaif dengan harapan ia dapat mempengaruhi kaum Bani Thafiq untuk menerima Islam dan dengan demikian memperolehi perlindungan bagi pemeluk-pemeluk agama Islam dari gangguan puak Khuraish. Baginda s.a.w juga bercita-cita hendak menjadikan Taif markas kegiatan-kegiatan dakwah Baginda s.a.w. Sebaik-baik sahaja Baginda s.a.w tiba disana, Baginda s.a.w telah mengunjungi tiga orang pemuka Bani Thafiq secara berasingan dan menyampaikan kepada mereka risalah Allah s.w.t. Bukan sahaja mereka tidak mahu menerima ajaran Allah s.w.t. bahkan enggan mendengar apa yang dikemukakan oleh Baginda s.a.w kepada mereka. Baginda s.a.w telah dilayani secara kasar dan sungguh-sungguh biadap. Kekasaran mereka sungguh bertentangan dengan semangat memuliakan dan menghormati yang telah menjadi sebahagian daripada cara hidup bangsa Arab. Dengan terus terang mereka mengatakan yang mereka tidak suka Baginda s.a.w. tinggal ditempat mereka. Baginda s.a.w. berharap yang kedatangan Baginda s.a.w akan disambut dengan sopan santun, diiringi dengan kata-kata yang lemah lembut. Sebaliknya Baginda s.a.w telah dilempari dengan kata-kata yang kasar.
Kata seorang daripada pemuka-pemuka tadi dengan penuh ejekan: "Hoi,benarkah yang Allah s.w.t. telah melantik kamu menjadi PesuruhNya?"Kata seorang lagi sambil ketawa: "Tidak bolehkah Allah memilih manusia selain dari engkau untuk menjadi PesuruhNya?"Yang ketiga pula melempar kata-kata hina yang bunyinya demikian: "Kalau engkau benar-benar seorang Nabi, aku tidak ingin bercakap-cakap dengan engkau kerana perbuatan yang demikian akan mendatangkan bencana kepada diriku.Sebaliknya jika kamu seorang pendusta,tidak guna aku bercakap-cakap dengan engkau."
Dalam menghadapi penentangan yang sebegini hebat, ketabahan dan kecekalan hati yang merupakan sifat-sifat semulajadi Nabi Muhammad s.a.w. tidak menyebabkan Baginda s.a.w. berasa hampa dan gagal barang sedikit jua pun. Selepas meninggalkan pemuka-pemuka Banu Thafiq tadi, Baginda s.a.w cuba menghampiri rakyat biasa Disini juga Baginda s.a.w menemui kegagalan. Mereka menyuruh Baginda s.a.w keluar dalam Taif. Apabila Baginda s.a.w menyedari yang usahaBaginda s.a.w tidak mendatangkan hasil yang diingini, Baginda s.a.w pun membuat keputusan hendak menginggalkan kota itu. Tetapi mereka tidak membiarkan Baginda s.a.w keluar dari Taif secara aman. Mereka melepaskan kacang-kacang hantu mereka supaya mengusik,mengejek,mengacau dan melemparinya dengan batu. Pelemparan batu yang dilakukan keatas Baginda s.a.w itu sedemikian rupa hingga badan Baginda s.a.w berdarah akibat luka-luka. Apabila Baginda s.a.w berada agak jauh dari kota Taif, Baginda s.a.w pun berdoa kepada Baginda s.a.w. yang bermaksud:
" Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada sesiapa Engkau menyerahkan daku?Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredzaanMu. Dalam pada itu afiatMu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan hal ku sehingga Engkau redza. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau"
Demikianlah sedihnya doa yang dihadapi kepada Allah s.w.t. oleh Baginda s.a.w sehingga Allah s.w.t. mengutuskan Malaikat Jibrail buat menemui Baginda s.a.w. Setibanya dihadapan Nabi Muhammad s.a.w. diapun memberi salam seraya berkata:" Allah s.w.t.. mengetahui apa yang telah berlaku diantara kamu dan orang-orang ini. Allah s.w.t. telah menyediakan malaikat digunung ganang disini khas untuk menjalankan sebarang perintah kamu."
Sambil berkata demikian Jibrail menghadapkan malaikat itu dimuka Baginda s.a.w Kata Malaikat ini:"Wahai Rasulullah, saya bersiap sedia untuk menjalankan perintah Tuan. Kalau dikehendaki, saya sanggup menyebabkan gunung-gunung disebelah menyebelah kota ini berlanggaran sehingga penduduk-penduduk dikedua-dua belah mati tertindih. Kalau tidak, Tuan cadangkan apa saja hukuman yang selayaknya diterima oleh orang-orang ini."
Mendengar janji-janji Malaikat itu, Nabi Muhammad s.a.w. yang penuh dengan sifat rahim dan belas kasihan pun berkata:"Walaupun orang-orang ini tidak menerima Islam, saya harap dengan kehendak Allah s.w.t., yang anak-anak mereka, pada satu masa nanti, akan menyembah Allah s.w.t.. dan berbakti kepadaNya."
Sekarang perhatikanlah tauladan mulia dan suci murni yang telah dipertunjukkan oleh Baginda s.a.w. Kita semua mengakui yang kita menjadi pengikut-pengikutNya, tetapi dalam urusan hidup kita sehari-sehari,apabila cadangan kita ditolak atau tidak dipersetujui maka kita dengan lekasnya melemparkan maki hamun dan terkadang-kadang bercita-cita hendak membalas dendam terhadap mereka yang tidak bersetuju dengan kita.Sebagai pengikut-pengikutnya kita hendahlah mencontohi Baginda s.a.w. Selepas menerima penghinaa ditangan penduduk-penduduk Kota Taif, Baginda s.a.w hanya berdoa. Baginda s.a.w. tidak memarahi mereka,tidak mengutuk mereka dan tidak mengambil sebarang tindakan balas walaupun diberi kesempatan sebaik-baiknya untuk membuat demikian.
KESYAHIDAN ANAS BIN NADHR
Anas bin Nadhr ialah salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak mengambil bahagian dalam peperangan Badar. Dia berasa kesal kerana tidak menyertai peperangan tersebut. Oleh hal yang demikian dia senantiasa menanti-nanti peluang untuk menyertai peperangan untuk menebuskan apa yang dianggapnya suatu kerugian bagi dirinya. Kesempatan yang dinanti-nantinya itupun tibalah apabila berlaku perang Uhud pada tahun yang berikutnya. Anas pun dengan serta merta menyertai tentera Muslimin dengan semangat kejihadan yang tulin maju kemedan pertempuran. Sungguhpun bala tentera yang dihadapi mereka berkali-kali ganda banyaknya namun tentera Muslimin sedang mengatasi pihak musuh. Tiba-tiba berlaku suatu kesilapan.
Nabi Muhammad s.a.w. telah menghantar sepasukan pemanah-pemanah yang terdiri daripada 50 orang untuk menguasai tentera berkuda pihak musuh yang mungkin menyerang tentera Muslimin dari belakang. Mereka diperintahkan supaya menetap diatas sebuah bukit dibelakang tentera Muslimin selagi mereka tidak menerima arahan daripada Nabi Muhammad s.a.w. sendiri menyuruh mereka berundur dari situ. Tetapi mereka ini telah mengingkari arahan Baginda s.a.w. Apabila mereka lihat askar-askar musuh lari lintang pikang, diburu oleh Mujahid-Mujahid Islam, mereka menyangka yang kemenangan telah pun tercapai lantas meninggalkan tempat mereka sambil berkejar-kejaran untuk mendapatkan harta rampasan. Yang tinggal diatas bukit itu hanyalah ketua mereka dan beberapa orang yang masih taat. Apabila dilihat oleh pemimpin tentera mushrikin yang bukit itu telah terdedah, dia pun mengerah pasukannya menyebu dan membunuh tentera panah Muslimin yang masih bertahan diatasnya dan melancarkan serangan balas terhadap tentera muslimin dari belakang ketika mereka sedang asyik mengumpulkan tentera rampasan.Dalam keadaan kelam kabut inilah Anas terpandang kepada Saad bin Maaz yang sedang melalui hadapannya. Dia memekik mengatakan:"Ya Saad! Kemana engkau? Demi Allah! Aku mencium bau Syurga yang datangnya dari Jabal Uhud".
Dengan berkata demikian dia pun menerkam musuh lalu menentang mereka habis-habisan sehingga dia gugur sebagai Syahid dimedan peperangan. Apabila badannya yang berlumuran darah itu diperiksa terdapat tidak kurang dari 80 liang luka semuanya.Tidak ada siapa yang dapat mengenalinya melainkan saudara perempuannya sahaja. Orang yang berjihad dijalan Allah s.w.t.. dengan penuh keikhlasan dan kejujuran akan mengecap nikmat syurga didunia ini dan diakirat. Demikianlah hal keadaannya dengan sahabat Anas bin Nadhr.
PERDAMAIAN HUDAIBIYAH DAN KISAH ABU
JANDAL DAN ABU BASIR
Pada tahun Hijrah yang ke enam, Rasulullah s.a.w.
dan para sahabatnya telah bertolak keMekah untuk mengerjakan Umrah.
Berita mengenai Baginda s.a.w. telah sampai
kepengetahuan puak Khuraish, mereka pun bersiap sedia untuk menghalang kemasukan
Nabi Muhammad s.a.w Sahabat-sahabat Nabi
Muhammad s.a.w yang berjumlah 1400 orang semuanya dengan semangat
keislaman yang berkobar-kobar berazam hendak merempuh masuk keMekah walaupun
perbuatan ini akan melibatkan pertempuran secara terbuka tetapi Nabi
Muhammad s.a.w. tidak bersependapat dengan mereka. Selepas berfikir
sedalam-dalamnya, Baginda s.a.w. memutuskan hendak
membuat perjanjian dengan pihak Khuraish serta menerima syarat-syarat yang
dikenakan oleh mereka seluruhnya.
Perjanjian yang berat sebelah ini menghampakan perasaan sabahat-sahabat Baginda s.a.w. tetapi kepatuhan dan taat setia mereka kepada Baginda s.a.w. tidak membenarkan mereka menyuarakan bantahan mereka terhadap perjanjian yang tidak adil ini. Pahlawan Islam yang seberani-beraninya seperti Umar pun terpaksa tunduk kepada keputusan yang telah dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w Mengikut salah satu daripada syarat-syarat perjanjian ini orang-orang Khuraish yang menyerah diri kepada pihak orang Muslimin mesti dikembalikan kepada Khuraish sedangkan orang-orang Islam yang menyerah diri kepada pihak Khuraish tidak akan dikembalikan kepada kaum Muslimin.
Abu Jandal, seorang pemeluk agama Islam sedang menerima penyiksaan yang dahsyat ditangan Khuraish. Apabila ia mendengar yang Nabi Muhammad s.a.w sedang berkhemah diHudaibiah, dia pun melepaskan dirinya lalu lari ketempat perkhemahan Nabi Muhammad s.a.w pada masa Perdamaian Hudaibiah hendak ditantangai. Ayah Abu Jandal,Suhail, yang ketika itu belum lagi memeluk Islam menjadi jurucakap bagi pihak Khuraish dalam perundingan mereka dengan Nabi Muhammad s.a.w untuk merangka butir-butir Perdamaian Hudaibiah. Dia menempeleng anaknya Abu Jandal serta memaksanya balik keMekah. Oleh kerana peristiwa ini berlaku ketika Perdamaian Hudaibiah belum berkuatkuasa lagi, Nabi Muhammad s.a.w berpendapat yang perkara perlarian Abu Jandal kepihak Muslimin tidak tertakluk dibawah perjanjian itu, tetapi ayah Abu Jandal menolak hujah-hujah yang dikemukakan oleh Nabi Muhammad s.a.w
Penderitaan Abu Jandal ini menyayatkan hati para sahabat, tetapi apakan daya oleh kerana inginkan perdamaian Nabi Muhammad s.a.w terpaksa menyerahkannya kembali kepada pihak Khuraish sambil menyampaikan kata-kata penawar yang berikut:"Janganlah hendaknya kamu bermuram durja, wahai Abu Jandal. Allah s.w.t. sudah tentu akan membuka jalan buat kamu."
Selepas Perdamaian Hudaibiah ditandatangai dan selepas kepulangan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah, seorang lagi penduduk Mekah yang beragama Islam telah melepaskan dirinya ke Madinah untuk mendapat perlindungan Nabi Muhammad s.a.w. Orang ini bernama Abu Basir. Permintaan orang yang kedua ini pun terpaksa ditolak oleh Nabi Muhammad s.a.w kerana menghormati Perdamaian Hudaibiah itu.Apabila tiba dua orang wakil puak Khuraish untuk membawanya pulang, ia pun diserahkan kepada orang-orang itu, tetapi sempat juga Nabi Muhammad s.a.w menasihatinya supaya bersabar dan mengharapkan pertolongan Allah s.w.t.
Dalam perjalanan ke Mekah, Abu Basir telah menggunakan helah untuk melepaskan diri. Kata Abu Basir kepada salah seorang daripada pengawal-pengawal itu:"Kawan, bagus sungguh pedang kamu itu."Setelah pedangnya dipuji demikian rupa, orang itu pun berasa bangga lalu menghunuskan pedangnya sambil berkata:"Betul kata kau. Pedang ini bagus dan aku telah mencubanya keatas beberapa orang manusia. Nah, tengoklah kalau awak hendak."
Sebaik sahaja pedang tiba ketangannya, Abu Basir pun membunuh orang itu. Melihat apa yang telah berlaku, pengawal yang seorang lagi cabut lari ke Madinah untuk melapurkan kejadian tadi kepada Nabi Muhammad s.a.w Sementara itu Abu Basir sendiri telah tiba dihadapan Nabi Muhammad s.a.w Katanya kepada Nabi Muhammad s.a.w"Ya Rasulullah, tuan telah kembalikan saya untuk menunaikan janji-janji tuan kepada kafir-kafir Khuraish itu, tetapi saya sendiri tidak ada apa-apa yang hendak ditunaikan. Saya tidak berjanji, Saya melepaskan diri kerana takut kalau-kalau mereka merosakkan keimanan saya"
Sahut Nabi Muhammad s.a.w"Kamu dengan secara tidak sedar sedang menyalakan apa peperangan. Tentu aku berasa suka kalau engkau dapat diberi pertolongan."
Dari kata-kata Nabi Muhammad s.a.wAbu Basir berpendapat yang dia akan diserahkan kepada kafir Mushrikin sekiranya mereka membuat rayuan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Oleh yang demikian dia pun meninggalkan Madinah lalu menuju ke sebuah tempat dipadang pasir berdekatan dengan pantai. Tidak lama kemudian Abu Jandal pun menyertainya setelah melepaskan dirinya dari puak Khuraish. Bilangan mereka telah meningkat apabila lebih banyak orang perlarian Islam yang terlepas dari puak Khuraish menyertai mereka. Ditempat persembunyian mereka ini, mereka telah menghadapi penderitaan hidup yang maha hebat tetapi oleh kerana tidak tertakluk kepada Perjanjian Hudaibiah, mereka telah mengganggu khalifah-khalifah Khuraish yang berlalu lalang berdekatan dengan tempat persembunyian mereka. Demikianlah hebatnya gangguan-gangguan yang mereka jalankan sehinggan puak Khuraish terpaksa menemui Nabi Muhammad s.a.w dan merayu kepada Nabi Muhammad s.a.w. supaya berusaha memberhentikan gangguan-gangguan itu.
Mengikut cerita Abu Basir sedang menghadapi maut ditempat tidurnya apabila surat kiriman Nabi Muhammad s.a.wsampai ketangannya. Dalam surat itu Nabi Muhammad s.a.w telah membenarkan ia kembali ke Madinah. Dia meninggal sambil memegang surat yang dihantar oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Demikianlah kisah yang menunjukkan kekuatan iman seorang hamba Allah s.w.t. Tidak ada suatu kuasa pun dipermukaan bumi ini yang dapat merosakkan keimanan seseorang asal saja keimanan itu merupakan keimanan yang sejati. Allah s.w.t. tetap akan menolong orang yang benar-benar beriman denganNya.
BILAL DAN PENDERITAANNYA
Bilal r.a.hu adalah salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi
Muhammad s.a.w. yang paling terkenal. Dia merupakan muazzin atau juru
azan di Masjid Nabi. Dia merupakan seorang hamba Habshi yang dimiliki oleh
seorang kafir di Mekah. Pengislamannya telah menimbulkan kemarahan yang tidak
keruan didalam hati pemiliknya. Dia pun diazabkan tanpa perikemanusiaan. Umayyah
bin Khalaf, pemusuh ISLAM yang terkemuka yang memiliki Bilal akan
membaringkannya atas pasir yang panas membakar serta meletakkan batu besar
diatas dadanya sehingga ia tidak dapat menggerakkan tulangnya yang lapan kerat.
Kemudian berkatalah Umayyah kepada Bilal:"Tinggalkanlah agamamu. Kalau
tidak matilah kamu dalam kepanasan matahari yang tegak."
Bilal menjawab dengan berkata:"Ahad"-(Tuhan Yang Esa)-"Ahad-(Tuhan Yang Esa)."
Pada waktu malam ia didera dengan cemeti sehingga badannya luka. Pada waktu siang pula, dia dibaringkan diatas pasir yang panas. Tuannya berharap yang ia akan meninggalkan agamanya atau pun mati akibat luka-luka dibadannya. Namun demikian Bilal masih tetap dengan pendiriannya yang teguh. Umayyah, Abu Jahal dan pengikut-pengikut mereka menyiksa Bilal secara bergilir-gilir. Akhirnya Abu Bakar telah menebuskannya dan dari sejak itu hiduplah ia sebagai seorang Muslim yang bebas. Semenjak ia dibebaskan, dia sentiasa berdampingan dengan Nabi Muhammad s.a.w. sehingga Baginda s.a.w. wafat. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., Bilal pun meninggalkan Kota Madinah.
Pada suatu ketika dia telah melihat Nabi Muhammad s.a.w. dalam mimpinya. Berkata Nabi Muhammad s.a.w. kepada Bilal: "Wahai Bilal, mengapakah kamu tidak melawatku?"
Sebaik-baik sahaja dia bangun dari tidurnya, dia pun bersiap-siap untuk berangkat ke Madinah. Setibanya dia dikota itu dia telah berjumpa dengan Hassan dan Hussain, cucunda Nabi Muhammad s.a.w. Mereka menyuruh dia berazan.Permintaan orang yang dicintainya itu tidak dapat ditolak. Apabila suara Bilal berkumandang diruang angkasa Kota Madinah, penduduk-penduduknya pun tanpa segan dan silu menghamburkan air mata mereka kerana teringat zaman keemasan yang telah mereka lalui semasa hidupnya kekasih mereka Nabi Muhammad s.a.w. Sekali lagi Bilal telah meninggalkan Kota Madinah dan akhirnya meninggal dunia di Damsyik pada tahun Hijiriah yang ke dua puluh.
ISLAMNYA ABUZAR GHIFARI
Abuzar Ghifari merupakan seorang sahabat c yang
terkenal dengan perbendaharaan ilmu pengetahuan dan kesalehannya.Kata Ali r.a.hu.:
"Abuzar ialah penyimpan jenis-jenis ilmu pengetahuan yang tak dapat
diperolehi oleh orang lain"
Apabila ia mula-mula mendengar khabar tentang kerasulan Nabi
Muhammad s.a.w., dia telah menghantar saudara laki-lakinya untuk
menyiasat dengan lebih mendalam mengenai orang yang mendakwa menerima berita
dari langit.Setelah puas menyiasat, saudaranya pun melapurkan kepada Abuzar yang
Nabi Muhammad s.a.w. itu seorang yang
bersopan-santun dan baik budi pekertinya. Ayat-ayat yang dibaca kepada manusia
bukannya puisi dan bukan pula kata-kata ahli syair. Lapuran yang disampaikan itu
masih belum memuaskan hati Abuzar. Dia sendiri keluar untuk mencari kenyataaan.
Setibanya di Mekah, dia terus ke Baitul
Haram. Pada masa itu dia tidak kenalNabi
Muhammad s.a.w. dan memandangkan keadaaan pada masa itu dia berasa takut
hendak bertanya darihal Nabi Muhammad s.a.w.Apabila
menjelang waktu malam, dia dilihat oleh Ali r.a.hu. Oleh kerana dia seorang
musafir Ali r.a.hu terpaksa membawa Abuzar kerumahnya dan melayani Abuzar
sebaik-baiknya sebagai tetamu. Ali r.a.hu tidak bertanya sesuatu apa pun dan
Abuzar bagi pihak dirinya pun tidak memberitahukan Alitentang maksud
kedatangannya ke Mekah. Pada keesokan harinya
Abuzar pergi sekali lagi ke Baitul Haram untuk
mengetahui siapa dia Muhammad. Sekali lagi Abuzar
gagal menemui Nabi Muhammad s.a.w. kerana pada masa
itu orang-orang ISLAM sedang diganggu hebat oleh
kafir-kafir musrikin. Bagi malam yang keduanya Ali r.a.hu membawa Abuzar
kerumahnya. Pada malam yang kedua ini pun Ali r.a.hu tidak bertanya hal Abuzar,
tetapi pada malam ketiga Ali r.a.hu bertanya:"Saudara, apakah
sebabnya saudara datang ke kota ini?"
Sebelum menjawab, Abuzar meminta Ali r.a.hu berjanji
supaya bercakap benar. Kemudian ia pun bertanya kepada Ali r.a.hu tentang Nabi
Muhammad s.a.w. Ali r.a.hu berkata sebagai menjawab soalan
Abuzar:"Dia sesungguhnya PESURUH ALLAH. Esok engkau ikut saja aku dan aku
akan membawa kamu menjumpainya. Tetapi awas bencana yang buruk akan menimpai
kamu kalau perhubungan kita ditahui orang. Semasa berjalan esok kalau aku dapati
bahaya mengancam kita aku akan berpisah agak jauh sedikit daripada kamu dan
berpura-pura membetulkan kasutku, tetapi engkau terus berjalan supaya orang
tidak mensyaki perhubungan kita."
Pada esoknya itu Ali r.a.hu pun membawa Abuzar bertemu dengan Nabi
Muhammad s.a.w. Tanpa banyak soal-jawab, dia telah memeluk agama ISLAM.
O;eh kerana takut kalau-kalau dia diapa-apakan oleh pihak musuh, Nabi
Muhammad s.a.w. pun menasihatinya supaya lekas balik dan supaya jangan
mengistiharkan pengislaman di khalayak ramai, tetapi Abuzar dengan berani
menjawab:"Ya Rasulullah, aku
bersumpah dengan Allah yang jiwaku ditanganNya
bahawa aku akan mengucap KALIMAH SYAHADAH dihadapan
kafir-kafir musyirikin itu."
Janjinya pada Nabi Muhammad s.a.w.
ditepatinya. Selepas ia meninggalkan Bagimda dia
mengarahkan langkahnya ke Baitul Haram dimana dihadapan kaum musyrikin dan
dengan suara yang lantang dia telah mengucapkan DUA
KALIMAT SYAHADAH
"AKU MENYAKSIKAN YANG
TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN AKU MENYAKSIKAN YANG MUHAMMAD ITU PESURUH
ALLAH."
Apatah lagi, demi didengarinya ucapan Abuzar itu, orang-oarang kafir pun
menyerbuinya lalu memukulnya. Kalau tidaklah kerana Abbas, (ayah saudara Nabi
Muhammad s.a.w. yang ketika itu belum memeluk agama ISLAM
) Abuzar sudah tentu menemui ajalnya.Kata Abbas kepada kafir-kafir musyirikin
yang menyerang Abuzar:"Tahukah kamu siapa orang ini? Dia ialah dari puak
Ghifar. Khalifah-khalifah kita yang berulang alik ke Sham terpaksa melalui
perkampungan mereka. Kalaulah ia dibunuh, mereka sudah tentu akan menghalang
perniagaan kita dengan Sham."
Pada hari yang berikutnya Abuzar sekali lagi mengucap DUA
KALIMAT SYAHADAH dihadapan kafir-kafir Quraish dan pada kali ini juga ia
telah diselamatkan oleh Abbas.Keghairahan Abuzar mengucap DUA
KALIMAH SYAHADAH dihadapan kafir-kafir Khuraish sungguh-sungguh luar
biasa kalau dikaji dalam kontek larangan Nabi Muhammad
s.a.w. kepadanya. Apakah dia boleh dituduh sebagai telah mengingkari
perintah Nabi Muhammad s.a.w.
Jawabnya-TIDAK. Dia tahu yang
Nabi Muhammad s.a.w. sedang mengalami penderitaan
yang berbentuk gangguan dalam usahanya kearah menyibarkan agama Islam.
Dia hanya hendak mencontohi Nabi Muhammad s.a.w.
walaupun dia mengetahui dengan berbuat demikian dia mendedahkan dirinya kepada
bahaya. Semangat keislaman yang sebeginilah yang telah membolehkan para sahabat
mencapai puncak kejayaan dalam alam lahiriah serta batiniah. Keberanian Abuzar
ini sudah selayaknya dicontohi oleh umat Islam dewasa
ini didalam rangka usaha mereka menjalankan dakwah
Islamiah. Kekejaman, penganiayaan serta penindasan tidak semestinya
melemahkan semangat mereka yang telah mengucapkan Dua
Khalimah Syahadah.
PENDERITAAN KHABBAB BIN ALARAT
Khabbab ialah seorang manusia yang telah banyak berkorban
kerana agama yang telah dianutinya. Dia awal-awal lagi telah memeluk agama Islam
dan oleh yang demikian penderitaan yang ditanggungnya pun agak lama juga. Dia
telah dipaksakan memakai baju besi dan disuruh berbaring dipasir, mendedahkan
badannya pada panas matahari yang terik hingga kulitnye mengelupas. Khabbab
adalah seorang hamba abdi kepada seorang perempuan. Apabila diketahui oleh si
perempuan tadi yang dia sering melawat Nabi Muhammad s.a.w
kepalanya diselar dengan panas yang merah membara.
Umar r.a.hu semasa beliau menjadi Khalifah telah bertanya kepaha Khabbab
tentang penderitaannya dikala mula-mula menganuti agama Islam dahulu. Sebagai
menjawab dia menunjukkan parut-parut luka dibelakang badannya. Kata
Umar,"Aku tidak pernah melihat belakang badan yang sedimikian rupa."
Melanjutkan ceritanya dia mengatakan yang dia telah diheret diatas suatu
timbunan bara api sehingga lemak-lemak dan darah yang mengalir dari badannya
memadamkan bara-bara api itu. Apabila agama Islam telah merebak ke merata-rata
tempat, Khabbab sering duduk menangis sambil berkata:"Nampaknya Allah
s.w.t. sedang memberi ganjaran bagi segala penderitaan yang kita alami.
Mungkin di akhirat nanti tidak ada ganjaran yang bakal kita terima."
Khabbab bercerita:
"Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. telah
mengimami kami dalam sembahyang. Rasulullah s.a.w
telah memanjangkan suatu rakaat. Diakhir sembahyang itu kami bertanya tentang
rakaat yang panjang tadi. Rasulullah s.a.wmenjawab:"Saya
telah membuat tiga permintaan kepada Allah s.w.t..
Saya berdoa:"Ya Allah, janganlah hendaknya
ummatku mati kerana kebuluran, janganlah hendaknya ummatku dihapuskan oleh musuh
dan janganlah hendaknya mereka berkelahi sesama mereka"."Allah
s.w.t.. telah menunaikan hanya dua permintaanku yang pertama."
Khabbab telah meninggal dunia apabila usianya meningkat tiga puluh tujuh tahun.
Dia merupakan sahabat yang pertama sekali dikebumikan di Kufah. Pada suatu
ketika apabila Ali r.a.hu melalui pusaranya beliau pun berkata:"Moga-moga
Allah s.w.t. memberkhati dan melimpahkan rahmatNya
keatas Khabbab. Dia telah memeluki Islam dengan segala senang hati dan telah
menumpukan segala tenaganya semasa ia hidup untuk berusaha dijalan Allah,
walaupun dengan berbuat demikian dia menderita kesusahan. Berbahagialah orang
yang sentiasa mengingati hari Kiamat, yang sentiasa bersiap sedia untuk
menghadapi perhitungan diAkhirat nanti, yang berpuas hati dengan hidup
berdikit-dikit didunia ini dan yang perbuatannya mendatangkan keridhaan tuhan."
Keridhaan Allah s.w.t.lah yang menjadi
matlamat tunggal perjuangan hidup para sahabat semuanya. Semoga kita semua juga
akan mendapat keridhaan Allah s.w.t.
AMMAR DAN IBUBAPANYA
Ammar dan kedua-dua orang tuanya termasuk dalam golongan
kaum Muslimin yang disaksikan oleh pemusuh-pemusuh Islam kerana menerima ajaran Nabi
Muhammad s.a.w. Mereka telah diazabkan diatas batu-batu dan tanah yang
panas membakar. Apabila Rasullullah s.a.w. lalu
berdekatan mereka Nabi Muhammad s.a.w. akan
menggesa mereka supaya bersabar sambil memberi khabar gembira mengenai syurga.
Yasir, ayah kepada Ammar telah meninggal dunia setelah menerima penyiksaan yang
berpanjangan. Ibunya yang telah tua pula ditikam mati dengan dengan lembing oleh
Abu Jahal. Dia enggan meninggalkan agamanya walaupun disiksa dengan pedihnya.
Dia merupakan wanita pertama yang sahid kerana mempertahankan agama.
Apabila Nabi Muhammad s.a.w. hendak berhijrah
ke Madinah, Ammar telah menawarkan hendak membuat sebuah binaan dimana Nabi
Muhammad s.a.w. boleh duduk, berehat diwaktu petang dan mengerjakan solat.
Binaan ini didirikan dengan batu-batu yang dipungutkan oleh dirinya sendiri. Dia
menentang musuh-musuh Islam dengan penuh
keghairahan dan keberanian. Dalam suatu pertempuran dia telah berkata dengan
gembiranya: "Aku akan menemui kawan-kawan aku tak lama lagi.
Aku akan berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w.
dan sahabat-sahabatnya."
Kemudian ia meminta air untuk diminum tetapi dia diberi susu. Sambil mengambil
susu itu dia berkata: "Aku mendengar Nabi
Muhammad s.a.w.. berkata
padaku:"susu inilah minuman kau yang terakhir didunia!"
Dia bangun lalu meneruskan perjuangannya menentang musuh sehingga ia gugur. Pada
masa itu dia berusia sembilan puluh empat tahun.
ISLAMNYA SOHAIB
Sohaib dan Ammar memeluk Islam pada waktu yang sama. Pada masa itu Nabi
Muhammad s.a.w. tinggal ditempat kediaman Arqam. Mereka datang secara
berasingan untuk memeluk agama Islam dan telah bertemu dipintu rumah Arqam.
Sohaib seperti Ammar telah menderita akibat penyiksaan yang diterima ditangan
pemusuh-pemusuh Islam. Akhirnya dia memutuskan hendak berhijrah ke
Madinah.Kafir-kafir Quraish tidak mahu dia berbuat demikian lantas menghantar
suatu gerombolan untuk memaksanya balik ke Mekah.Sebaik-baik sahaja kafir-kafir
musyrikin itu mendekatinya, dia memekik kepada mereka:"Kamu semua tahu yang
aku ini pemanah yang lebih handal daripada kamu. Selagi ada anak panah pada ku
selama itulah kamu tidak dapat menghampiri aku. Apabila habis anak panah ku aku
akan menggunakan pedang aku pula. Kalau kamu suka pergilah ambil wangku yang
kutinggalkan di Mekah dan dua orang sahaya perempuanku sebagai penebusan diriku."
Mereka bersetuju. Dia pun memberitahu tempat dimana wangnya disimpan.
Selepas itu dia meneruskan perjalanannya ke Madinah. Berkenaan dengan perbuatan
Sohaib ini Allah s.w.t. telah menurunkan ayat yang
berikut kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Dan dari antara
manusia ada yang menjual dirinya kerana hendak mencari keridhaan Allah
dan Allah
itu amat penyayang kepada hamba-hambaNya."
Pada ketika menerima ayat ini Nabi
Muhammad s.a.w.. berada di Qubo. Apabila dilihatnya Sohaib, Baginda
s.a.w. pun berkata: "Penjualan yang baik sungguh, Sohaib."
ISLAMNYA UMAR
Umar r.a.hu selepas ia memeluk agama Islam, menjadi kebanggaan orang-orang Islam
dan musuh ketat kafir-kafir musyrikin tetapi sebelum itu dia menentang Nabi
Muhammad s.a.w. dan mengganggu orang-orang yang menganuti Islam.
Dalam suatu mesyuarat orang-orang Quraish, pada suatu hari mereka telah
memutuskan hendak meminta salah seorang daripada mereka supaya membunuh Nabi
Muhammad s.a.w.
Umar telah tampil kehadapan sebagai sukarelawan yang ingin mengusahakan
pembunuhan itu. Tiap-tiap Quraish yang menghadiri mesyuarat itu berkata
serentak"Ya, engkaulah yang dapat melakukannya,Umar!"
Dengan pedang yang bergantungan dilehernya, Umar pun mengarahkan langkah menuju
ketempat kediamanNabi Muhammad s.a.w. Dalam
perjalanannya ia telah menemui Saad bin Abi Waqqas. Saad berkata: "Kemana
kau, Umar?"Umar menjawab: "Aku hendak pergi menamatkan riwayat hidup Nabi
Muhammad " Saad: "Kalau begitu Banu Hashim, Banu Zuhrah dan
Banu Abdi Manaf akan membunuh kamu sebagai tindakan balas."Umar(gelisah
dengan amaran itu) berkata: "Nampaknya kau juga telah meninggalkan agama
nenek moyang kau. Biar aku kerjakan kau dahulu."
Umar dengan serta merta menghunus pedangnya. Sambil mengistiharkan
pengislamannya Saad juga berbuat demikian. Sebelum bertarung dengan Umar
sempat juga berkata:"Lebih baik kau menguruskan rumahtangga kau dahulu.
Saudara perempuan kau dan iparkau, kedua-duanya telah memeluk agama Islam"
Kemarahan Umar ketika mendapat cerita itu tak dapat diceritakan lagi.
meninggalkan Saad, dia menggerakkan langkahnya kearah rumah saudara perempuannya.
Setibanya dirumah itu dia dapati rumah itu telah berkunci dari dalam. Sambil
mengetuk-ngetuk pintu itu dia menjerit dengan sekuat tenaga kepada saudaranya
supaya pintu itu dibuka. Mendengar suara Umar, Khabbab telah lari bersembunyi
meninggalkan masyaf-masyaf Quran yang sedang mereka
baca. Apabila pintu dibuka Umar dengan cepat menempeleng saudaranya sambil
berkata:"Hai pengkhianat dirimu sendiri, engkau juga telah meninggalkan
agamamu."
Tanpa menghiraukan kepala saudaranya yang berdarah, dia masuk kedalam sambil
bertanya: "Apakah kelian sedang buat tadi dan siapa dia orang yang suaranya
aku dengar dari luar?" Iparnya menjawab:"Kami hanya berbual-bual."
Umar bertanya kepada iparnya "Adakah kamu juga telah meninggalkan agama
nenek moyang kamu dan memeluk agama baru?" Ipar Umar menjawab:"
Bagaimana pula agama baru itu lebih baik dari agama kita yang lama itu?"
Jawapan itu menyebabkan Umar memukul dengan kejam dan menarik-narik
janggutnya. Saudaranya yang datang hendak melerai mereka juga dipukul sehingga
mukanya berlumuran dengan darah. Sambil menangis saudara perempuannya
berkata:"Umar! kami dipukul hanya kerana kami memeluk agama Islam. Kami
berazam hendak mati sebagai orang-orang Islam Kau bebas melakukan apa saja yang
kau suka atas diri kami."
Apabila hatinya sejuk sedikit dia berasa malu atas perbuatannya terhadap
saudara perempuannya itu. Tiba-tiba ia terpandang akan masyaf-masyaf yang
ditinggalkan oleh Khabbab tadi. Katanya:"Baiklah, tunjukkan masyaf-masyaf
ini." "Tidak," kata saudaranya.: "Badan kau tak bersih dan
orang yang tak bersih tak seharusnya memegang masyaf-masyaf ini."
Umar akhirnya membersihkan badannya dan mula membca masyaf-masyaf tadi. Surah
yang dibacanya ialah SURAH TAHA.Dia membaca dari
permulaan surah itu.Seluruh sikap dan pandangannya berubah apabila ia
sampai ke ayat yang bermaksud:
"Akulah Allah.
Tidak ada Tuhan melainkan Aku.
Oleh itu sembahlah Aku
dan dirikanlah sembahyang buat mengingati Aku."
Kata Umar: "Baiklah, bawa aku bertemu dengan
Muhammad "
Mendengar kata-kata Umar itu Khabbab pun keluarlah dari tempat persembunyiannya
sambil berkata:"Ya Umar, ada berita baik untuk kamu. semalam (iaitu malam
Juma'at)Nabi Muhammad s.a.w. telah berdoa kepada Allah
s.w.t..: "Ya Allah, kuatkanlah Islam
dengan Umar atau Abu Jahal, siapa yang Engkau
suka.".Nampaknya Allah s.w.t. telah memilih
engkau sebagai menunaikan permintaan Nabi Muhammad s.a.w.
Umar telah menemui Nabi Muhammad s.a.w. dan pada
pagi Juma'at dia telah memeluk agama Islam Pengislaman Umar merupakan merupakan
suatu pukulan yang hebat kepada puak musyrikin. Sungguh pun begitu bilangan
orang Islam terlalu kecil kalau dibandingkan dengan bilangan puak musuh.
Kafir-kafir musyrikin telah memperhebatkan usaha-usaha mereka untuk menghapuskan
orang-orang Islam serta agama mereka. Dengan
Islamnya Umar, kaum Muslimin telah bertambah berani dan sekarang mereka
mendirikan sembahyang di Baitul Haram. Kata
Abdullah bin Masud: "Pengislaman Umar merupakan suatu kejayaan besar kepada
kaum Muslimin, perpindahannya menguatkan kami dan perlantikannya sebagai
Khalifah merupakan suatu keberkatan kepada kami.:"
PERPINDAHAN KE HABSHAH DAN
PEMULAUAN DILEMBAH IBNU ABI TALIB
Kesusahan dan penderitaan yang ditanggung oleh kaum
Muslimin semakin bertambah-tambah. Baginda s.a.w akhirnya
membenarkan mereka meninggalkan Mekah. Negeri Habshah pada masa itu
diperintahkan oleh seorang raja Kristian (kemudiannya telah memeluk Islam) yang
masyhur dengan belas-rahim dan keadilannya. Dalam bulan Rejab, selepas selepas
lima tahun Nabi Muhammad s.a.w. menjalankan
dakwahnya, kumpulan orang-orang pelarian yang pertama telah berlepas ke Habshah.
Kumpulan ini terdiri daripada lima belas orang lelaki dan lima orang perempuan.
Puak Quraish yang mengejar mereka tiba dipelabuhan selepas kapal mereka bertolak.
Setibanya mereka diHabshah , mereka mendengar khabar angin yang mengatakan
bahawa kesemua puak Quraish telah beriman dan menerima ajaran Islam.
Kegembiraan mereka bukan kepalang. Mereka pun memutuskan hendak kembali ketanah
air mereka, tetapi apabila hampir-hampir tiba keMekah mereka dapati yang berita
angin yang mereka dengar semasa diHabshah tidak benar sama sekali. Kempen
mengganggu orang-orang Islam tidak sedikit pun
berkurangan. Oleh hal yang demikian setengah daripada mereka terpaksa belayar
kembali keHabshah sedangkan yang lainnya memasuki kota Mekah dengan perlindungan
orang-orang yang berpengaruh. Peristiwa ini dikenali dengan 'PERPINDAHAN
KEHABSHAH YANG PERTAMA'. Tidak lama kemudian satu rombongan yang lebih besar
terdiri daripada lapan puluh orang lelaki dan lapan belas perempuan telah
berlepas keHabshah. Pemergian yang kedua ini disebut sebagai 'PERPINDAHAN
KEHABSHAH YANG KEDUA'. Ahli-ahli rombongan yang kedua ini termasuk juga
sebilangan kecil para sahabat Nabi Muhammad s.a.w.
Pemergian orang-orang Islam keHabshah menimbulkan
kemarahan kafir-kafir Quraish. Suatu rombongan puak Quraish lengkap dengan
hadiah-hadiah yang akan diberi kepada Raja Habshah, pembesar-pembesar istananya
dan paderi-paderi Kristian telah berlepas kesana. Setelah pembesar-pembesar
istana disogok mereka dengan senang masuk keistana penghadapan untuk menemui
Raja. Mereka disujudkan dihadapan Raja sambil meletakkan hadiah-hadiah
didepannya.
Mereka pun berbicara: "Tuanku, sebilangan kecil orang-orang kami telah
meninggalkan agama mereka yang turun termurun dan telah memeluk agama baru yang
bertentangan dengan agama kami dengan agama kamu. Merka telah datang untuk
tinggal disini. Pembesar-pembesar Mekah, ibu bapa dan kaum kerabat mereka telah
menghantar kami untuk membewa mereka balik. Kami memohon Tuanku supaya mereka
diserahkan kepada kami."
Jawab Raja Habshah:" Kami tidak dapat menyerah orang yang telah diminta
perlindungan kami tanpa usul periksa. Biarlah mereka dibawa kehadapan kami
supaya dapat kami mengkaji hujah-hujah mereka. Kalau tuduhan kemurtadan yang
telah kamu melemparkan terdapat mereka itu benar kami akan serahkan mereka
kepada kamu."
Oleh Raja Habshah disuruhnya pegawai-pegawainya membawa orang
Islam kebalai penghadapan.Orang-orang Islam
itu berasa gelisah kerana tidak tahu apa yang mesti diperbuat tetapi Allah
s.w.t. telah memberikan peransang. Sebaik-baik sahaja mereka sampai
sampai dihadapan Raja mereka menyampaikan salam kepadanya. Seorang pegawai
istana telah membantah mengatakan yang mereka tidak bersujud dihadapan raja.
Mengikut adat kebiasaan orang-orang Habshi mereka menerangkan:"Nabi kami
telah melangkan kami supaya bersujud kepada sesiapa melainkan Allah
s.w.t."
Kemudian Raja Habshah telah menyuruh mereka membentangkan hujah-hujah mereka
sebagai mempertahankan diri dari pertuduhan puak Quraish. Jaafar r.a.hu bangun
lalu berucap:"Tuanku! Kami ini manusia yang jahil. Kami tidak mengenal Allah
s.w.t. dan Pesuruh-pesuruhNya.Kami menyembah
batu-batu, memakan bangkai serta mengerjakan segala jenis kejahatan.Kami tidak
menunaikan kewajipan kami terhadfap kaum kerabat kami. Yang kuat diantara kami
akan menindas yang lemah. Akhirnya bangunlah seorang Nabi yang membawa
pembaharuan didalam penghidupan kami. Keturunan yang mulia, perangainya
yang lurus dan kehidupannya yang suci bersih diketahui umum.Dia menyeru kami
supaya kami menyembah Allah s.w.t. dan meninggalkan
perbuatan-perbuatan syirik.Dia mengajar kami melakukan perbuatan yang Ma'ruf dan
meninggalkan yang Mungkar. Dia mengajarkan kami supaya bercakap benar,
menunaikan amanah, menghormati kaum-kaum kerabat dan berbuat baik dengan jiran
tetangga. Daripadanya kami belajar sembahyang, berpuasa, berzakat dan
berkelakuan baik. Kami diajar supaya menjauhi perbuatan-perbuatan jahat dan
pertumpahan darah. Dia melarang perzinaan, perbuatan-perbuatan lucah, bercakap
bohong, memakan harta-harta anak yatim dengan secara haram, mengada-adakan
fitnah dan sebagainya. Dia mengajar kami Quran dan Kitabullah
yang mengkagumkan. Jadi kami percayakan kepadanya, kami mengikuti jejak
langkahnya dan menerima ajaran yang dibawanya.Oleh kerana inilah maka kami telah
menggangui dan disiksa dengan harapan kami akan kembali kepada keadaan
sediakala.Apabila kejaman orang-orang kami melampui batas-batas perikemanusiaan,
kami pun dengan doa restu Nabi kami telah datang kemari untuk berlindung
ditempat Tuanku."
Kata Raja Habshab:"Perdengarkan sedikit kuma Quran
yang telah kamu pelajari daripida Nabi kamu." Jaafar pun
membacalah ayat-ayat pada permulaan 'Surah Mariam'. Ayat-ayat yang dibaca begitu
mengharukan hati nurani para pendengar sehingga pipi mereka dibasahi air mata."Demi
Allah!" kata Raji
Habshah."Perkatan-perkataan ini dari perkataan-perkataan yang diturunkan
kepada Musa merupakan cahaya dari suatu sumber sinaran yang sama."
Menoleh kepada perwakilan puak Quraish, Dia berkata yang dia enggan menyerahkan
orang-orang pelarian itu kepada mereka.Sungguhpun orang-orang Quraish telah
berasa malu dan hampa namun mereka tidak mahu mengaku kalah. Mereka mengadakan
mesyuarat dimasa salah seorang daripada mereka telah berkata,:"Aku ada satu
rancangan yang sudah tentu akan menimbulkan kemarahan baginda terhadap
mereka."Rancangan ini tidak dipersetujui oleh rombongan-rombongan Quraish
yang lain. Mereka berpendapat bahawa jiwa orang-orang Islam akan terancam jika
ianya berhasil. Mereka tidak ingin membahayakan orang yang sedarah sedaging
dengan mereka. Tetapi orang mencadangkan itu tiddak mahu membatalkannya. Pada
esoknya, dipengaruhi pleh orang lain, perwakilan Quraish telah menghasut Raja
Habshah dengan menatakan yang orang perlarian Islam tidak
percaya yang Nabi Musa itu anak Allah s.w.t. Sekali
lagi orang-orang Islam dibawa menghadap raja.
Meraka gementar kerana ketakutan apabila ditanya mengenai pendirian mereka
tentang Nabi Musa a.s mereka dengan tegas menjawab: "Kami
percaya kepada kata-kata Allah yang telah
diturunkan kepada Nabi kami mengenai Isa iaitu dia hanya seorang hamba dan Pesuruh
Allah Kami juga percaya dengan kata-kata Allah
s.w.t. yang telah disampaikanNya kepada
Maryam"
Negus (Raja Habshah) berkata:"Demikian juga dakwah Isa mengenai
dirinya."Paderi-paderi yang mendengar kata-kata Negus bersungut-sunut
sebagai membantah tetapi dia tidak menghiraukan mereka. Dia mengembalikan
hadiah-hadiah yang telah diberikan oleh perwakilan Quraish. Berpaling kepada
pelarian-pelarian Islam, dia berkata:"Pergilah hidup dengan aman.
Orang-orang yang menganiayai kamu akan menerima hukuman yang berat."Satu
pengistiharan diraja telah dirasmikan mengenai perkara ini. Rombongan Quraish
telah balik dengan perasaan sedih dan memalukan.
Kegagalan perwakilan Quraish dan kemenangan orang-orang Islam telah menyebabkan
pihak mushrikin Mekah bertambah berang..Api merahan mereka telah bersemarak lagi
apabila Umar telah memeluk agama Islam. Akibat kemarahan yang berleluasa ini,
suatu persidangan yang dihadiri oleh pemuka-pemuka puak Quraish telah diadakan.
Tujuan utama mesyuarat ini ialah hendak merancang pembunuhan Baginda
s.a.w. Mereka hendak mengatasi masalah Nabi
Muhammad s.a.w. dengan sekali gus tetapi pembunuhan ini bukan satu
perkara yang senang diselenggarakan. Banu Hashim, puak Nabi
Muhammad s.a.w. sangat banyak bilangan ahli-ahlinya dan sangat kuat
pengaruhnya dikalangan bangsa Quraish. Sungguhpun banyak diantara mereka
tidak menganuti agama Islam mereka sudah tentu tak akan berdiam diri kalau salah
seorang daripada mereka dibunuh. Oleh hal yang demikian pemuka-pemuka Quraish
telah memutuskan hendak menjalankan pemulauan sosial keatas Banu Hashim. Mereka
telah menyusun satu dokumen dalam mana dinyatakan puak-puak Quraish lainnya
tidak akan bergaul dan berjual-beli dengan puak Banu Hashim selagi mereka tidak
menyerahkan Nabi Muhammad s.a.w.untuk dibunuh.
Dokumen yang ditandatangi oleh pemuka-pemuka Quraish itu digantung di Kaabah.
Pemulauan itu berjalan dan berkuatkauasa selama tiga tahun dan selama itu pula Nabi
Muhammad s.a.w. dan puak Banu Hashim terkepung didalam satu lembah diluar
Kota Mekah. Mereka tidak dibenarkan keluar dari
lembah itu dan tidak boleh berjual-beli dengan puak-puak Quraish yang lain hatta
dengan pedagang-pedagang asing sekalipun. Mereka yang melewati batas 'penjara'
mereka ataupun yang cuba membeli barang-barang makanan dipukul dengan
sekejam-kejamnya. Pemulauan ini sudah tentu mengakubatkan puak Bani Hashim
menghadapi kebuluran. Mujur juga ada sedikit makanan yang telah diseludup oleh
lelaki puak Quraish yang lain yang telah berkahwin dengan wanita-wanita Banu
Hashim. Penderitaan yang dialami oleh mereka tidak dapat dibayangkan. Walau
bagaimanapun Nabi Muhammad s.a.w dan para
sahabatnya tetap teguh dengan keimanan mereka dan dalam keadaan yang tidak
menyenangkan ini sempat juga mereka menyaampaikan ajaran Ilahi kepada manusia
yang senasib dengan mereka.
Akhirnya selepas tiga tahun dengan khudrat dan iradat Allah
s.w.t. dokumen yang digantung diKaabah telah hancur dimakan oleh
anai-anai dan pemulauan yang dikenakan keatas Banu Hashim dengan sendirinya
terbatal.
Demikianlah dengan serba ringkasnya gambaran penderitaan yang telah
dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para
sahabatnya. Kita yang mendakwa kita sebagai pengikut-pengikut mereka patut
bertanya kepada diri kita sendiri menegenai usaha-usaha yang telah kita jalankan
untuk menegakkan Syariat-syariat Islam. Apakah
pengorbanan yang telah kita lakukan dijalan Allah s.w.t.?
Kita ingin majukan duniawi dan nikmat hidup ukhrawi tetapi kita lupa yang
ini semua tidak mungkin diperolehi tanpa pengorbanan dijalan Allah
s.w.t.
KETAKUTAN NABI MUHAMMAD S.A.W
SEWAKTU BERLAKU RIBUT
Telah berkata Aishah r.a.hu apabila angin ribut yang
membawa awan hitam bertiup,wajah Nabi Muhammad s.a.w.
kelihatan pucat kerana takutkan Allah s.w.t.. Baginda
s.a.w. keluar masuk dalam keadaan gelisah sambil membaca doa berikut yang
maksud: "Wahai Tuhanku, aku memohon kepadaMu
kebajikan angin ini dan kebajikan yang ada didalamnya dan kebajikan apa
yang Engkau kirim dengannya dan aku berlindung
dengan Engkau dari kejahatan yang Engkau
kirimkan dengannya."
Kata Aishah lagi: "Apabila hujan mulai turun terbayang tanda-tanda kesukaan
diwajah Nabi Muhammad s.a.w. Aku bertanya kepadanya:
"Ya Rasulullah, apabila kelihatan semua orang
merasa suka kerana yang demikian menandakan hujan akan turun tetapi mengapa aku
melihat kamu pula berasa cemas?" Baginda s.a.w.menjawab.
"Ya Aishah, bagaimana aku dapat menentukan bahawa angin yang bakal
mendatang itu tidak menandakan kemurkaan Allah s.w.t.?
Kaum A'ad telah dihapus oleh angin. Mereka berasa gembira apabila melihat
awan-awan hitam tetapi bukannya hujan yang dibawa bahkan pembinasaan mereka
sendiri."
"Maka takkala mereka melihat (ancaman) itu sebagai awan menghadap
kelembah-lembah mereka, mereka berkata"Ini awan yang akan menurunkan hujan
keatas kita." "Bukan! bahkan ialah ancaman yang kamu mintaya
disegerakan iaitu angin yang didalamnya azab yang pedih- yang binasakan
tiap-tiap suatu dengan perintahnya, sehingga jadilah mereka tidak kelihatan
melainkan tempat-tempat mereka. Demikianlah kami balas kaum yang derhaka."
Tuhan telah berjanji melalui sepotong ayat dalam SURAH
AN-ANFAL yang Dia tidak akan mengazabkan
manusia selagi Nabi Muhammad s.a.w.
ada bersama-sama mereka. Dalam pada itu pun tiap-tiap kali angin kencang
bertiup Nabi Muhammad s.a.w.
tetap merasa takut. Bandingkan pula perasaan Baginda s.a.w.
dengan perasaan kita apabila kilat memancar ataupun banjir berlaku. Yang
takut segelintir sahaja. Merekalah yang mengucap Istighfar.
Yang lain sibuk dengan keseronokkan hidup masing-masing.
AMAL PERBUATAN ANAS SEWAKTU RIBUT
BERLAKU
Diceritakan oleh Nadhr bin Abdullah.
"Pada suatu hari ketika Anas masih hidup cuaca telah
menjadi kelam. Saya pergi berjumpa dengannya sambil bertanya: "Pernah kau
lihat perkara yang seperti ini berlaku semasa hayat Rasullullah
s.a.w.?" Dia menjawab:"Aku berlindung dengan Allah
s.w.t.. Pada masa itu kalau berlaku angin ribut kami akan
bersegera kemasjid takut kalau-kalau berlaku hari kiamat."Abu Darda
bercerita: "Apabila angin kencang bertiup Nabi
Muhammad s.a.w. akan berasa cemas. Baginda s.a.w. akan
pergi kemasjid."
Amalan seperti ini jarang sekali diperbuat oleh umat Islam
sekarang sama ada dari golongan orang kebanyakan ataupun ulama. Mungkin mereka
tidak ketahui yang amalan ini merupakan satu sunnah
Baginda Rasullullah s.a.w.
RASULULLAH S.A.W. PADA MASA GERHANA
MATAHARI
Matahari telah gerhana pada suatu hari. Para sahabat telah
meninggalkan pekerjaan mereka masing-masing. Kanak-kanak kecil yang sedang
berlatih memanah berlari-lari menuju kemasjid untuk mengetahui apa yang akan
dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi Muhammad s.a.w. telah mendirikan sembahyang dua rakaat yang sangat
panjang sehingga ada orang yang jatuh pengsan. Dalam sembahyang itu Nabi
Muhammad s.a.w. telah menangis sambil berkata:"Ya Tuhanku,
engkau telah berkata yang engkau tidak akan menyiksa (umatnya) selagi aku berada
bersama mereka dan selagi mereka meminta keampunan engkau."
Disini terjelaslah yang Nabi Muhammad s.a.w.. merujuk
kepada ayat Al-Quran yang bermaksud:
"Tetapi Allah
tidak akan mengazabkan mereka selagi
engkau ( Nabi Muhammad s.a.w.)
bersama mereka dan DIA tidak akan mengazabkan, mereka meminta keampunan."
- (surah AL-ANFAL-33)
Kemudian dia mengucap kepada para jemaah:
"Kamu hendaklah bersegera melakukan solat apabila
berlaku gerhana bulan atau matahari. Kalau kamu tahu tanda-tanda hari Kiamat
sebagaimana aku ketahui tentu kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.
Peristiwa-peristiwa seperti ini memerlukan kita bersembahyang, berdoa kepada Allah
s.w.t. dan bersedekah kepada fakir-miskin."
TANGISAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
SEMALAMAN
Sekali, Nabi
Muhammad s.a.w. telah menangis
semalam-malaman sambil mambaca berkali-kali dalam sembahyang Tahajjudnya
ayat yang bermaksud:
"Jika Engkau siksa
mereka maka sesungguhnya mereka itu adalah hamba-hambaMu dan
jika Engkau ampunkan mereka maka sesungguhnya
Engkaulah yang maha kuasa dan bijaksana"
Tangisan seperti ini pernah sekali dilakukan oleh IMAM ABU HANIFA (RAHMATULLAH
ALAIHI) sambil membaca ayat ini yang bermaksud:
"Dan berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang
yang berdosa"
Ayat ini membawa makna yang orang-orang yang mendurhakai Allah
s.w.t. akan disuruh berpisah daripada mereka yang berbakti kepadaNya
dan tidak dibenarkan bergaul dengan para salehin sebagaimana yang diperbuat oleh
mereka didunia. Mengenangkan peristiwa yang bakal berlaku ini, maka mereka yang
bertakwa sering menangis lantaran takut dimasukkan kedalam golongan yang
mengengkari Allah s.w.t. pada hari Perhitungan
kelak.
CONTOH TAKWA YANG DIPERTUNJUKKAN
OLEH ABU BAKAR
Tidak syak lagi bahawa Abu Bakar r.a.hu merupakan manusia yang paling tinggi
mertabatnya dikalangan para sahabat. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri
pernah menyampaikan berita gembira mengenai kedudukannya yang utama diantara
penguni-penghuni syurga yang maha mulia.
Kata Nabi Muhammad s.a.w.:"Nama
Abu Bakar akan diseru daripada segenap pintu syurga dan
dialah pengikutku yang pertama akan memasukinya."
Namun demikian perasaan takutnya kepada Allah s.w.t.
tetap bertakhta dikalbunya. Dia sering berkata: "Alangkah baiknya kalau aku
menjadi sebatang pokok yang ditebang dan dijadikan kayu api" Kadang-kadang
dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku ini sehelai rumput yang riwayat
hidupnya akan tamat apabila dimakan oleh seekor binatang ternakan."
Pada suatu hari dia telah pergi kesebuah taman dimana ia lihat seekor burung
sedang berciap-ciap. Katanya: "Wahai burung! Sungguh bertuah kamu. Kau
makan minum dan bertebangan dibawah naungan pokok-pokok kayu tanpa sebarang
perasaan takut tentang hari perkiraan Aku ingin menjadi seperti
engkau,wahai burung."
Rabi'ah Aslami r.a.hu telah bercerita:
"Pada suatu hari saya telah bertentangan dengan Abu Bakar. Semasa
pertengkaran itu berjalan, dia telah mengeluarkan sepatah perkataan kesat
terhadap saya. Dengan serta-merta itu juga, dia telah menyedari akan
kesalahannya itu lalu berkata: "Wahai saudara, gunakanlah perkataan itu
terhadap saya sebagai tindakan balas."
Saya enggan berbuat demikian. Dia menggesa-gesakan saya supaya menggunakan
perkataan kesat tadi dan berkata hendak merujukkan perkara itu kepada Nabi
Muhammad s.a.w. Saya tidak
juga mahu mengalah. Dia lalu bangun lalu meninggalkan saya. Beberapa orang ahli
dari puak saya yang menyaksikan peristiwa tadi mencemuh: "Ganjil betul
orangnya, dia yang melakukan kesalahan dan dia pula mengancam hendak mengadu
kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Saya dengan segera menyampuk: " Kamu tahukah siapa dia? Dia adalah
Abu Bakar. Menyinggungnya bererti menyinggung Nabi
Muhammad s.a.w. dan menyinggung Nabi Muhammad s.a.w.
bererti menyinggung
Allah s.w.t., kalau perbuatan aku menyinggung Allah
s.w.t., siapakah gerangannya yang akan menyelamatkan aku?"
Saya pun bangun lantas pergi menghadap Nabi
Muhammad s.a.w. kepada Nabi
Muhammad s.a.w. saya
bercerita apa yang telah berlaku. Kata Nabi
Muhammad s.a.w.:"Keengganan
kamu mengeluarkan kata-kata kesat itu sudah kena pada tempatnya, tetapi untuk
mengeluarkan penderitaan batinnya, kamu sekurang-kurangnya dapat berkata: "Semoga
Allah s.w.t mengampuni kamu wahai Abu Bakar."
Begitulah takwa yang telah dipertunjukkan oleh Abu Bakar. Keengganannya
menerima pembalasan dialam akhirat menyebabkan dia
memaksa Rabiah Aslami supaya mengambil tindakan balas terhadapnya. Kekesalannya
dan penderitaan batinnya akibat kesalahannya itu sedemikian rupa sehingga dia
sanggup menceritakan segala-galanya kepada Nabi
Muhammad s.a.w. dengan harapan Nabi
Muhammad s.a.w. dapat menolong.
Bagaimanakah pula perasaan kita, ummat Islam kini selepas melakukan kesalahan
yang seperti diatas? Kita seringkali melakukan kesalahan tanpa perasaan takut
akan pembalasan sama ada didunia atau pun diakhirat nanti.
CONTOH TAKWA YANG DITUNJUKKAN OLEH
UMAR
Umar r.a.hu kerap memegang sehelai jerami sambil berkata:
"Alangkah baiknya kalau aku dapat menjadi jerami seperti ini."
Kadang-kala dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak dilahirkan oleh
ibuku!"
Pada suatu ketika Umar sedang sibuk dengan urusan yang penting. Tiba-tiba datang
satu hamba Allah dengan satu pengaduan yang berkehendakkan pembetulan. Oleh Umar
dicemetinya orang itu dibahagian bahunya. Umar berkata: "Bila aku duduk
hendak menerima pengaduan engkau tidak datang tetapi bila aku sibuk dengan
urusan penting engkau datang menggangui aku."
Tanpa berkata apa-apa orang itu pun meninggalkan Umar. Sejurus kemudian ia
dibawa kehadapan Umar sekali lagi. Sambil mengunjukkan cemeti tadi padanya Umar
berkata: "Pukullah aku sebagai membalas perbuatan tadi." "Kata
orang itu: "Saya mengampuni awak kerana Allah s.w.t."
Kekesalan Umar tidak dapat dibayangkan. Dengan cepat dia kembali
kerumahnya lalu mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Dia mengkritik
dirinya sendiri seperti berikut: "Wahai Umar, dahulu kedudukanmu rendah
tetapi kini telah ditinggikan oleh Allah s.w.t..
Dahulu kamu sesat tetapi kini telah dipimpin oleh Allah
s.w.t. dan Dia telah memberi kamu kuasa
keatas hamba-hambaNya. Apabila salah seorang
daripada mereka datang untuk mendapat keadilan ia dipukul dan disakiti. Apakah
alasan yang hendak kamu berikan dihadapan Allah s.w.t.?"
Soalan ini dihadapkan kepada dirinya bukan sekali malah beberapa kali. Pada
suatu malam Umar sedang meronda disuatu tempat dipersekitaran kota Madinah
dengan hambanya Aslam. Tiba-tiba kelihatan cahaya api tidak jauh dari tempat
mereka berada. Dia berkata: "Nun ditengah-tengah padang pasir nampaknya ada
khemah, mungkin kepunyaan suatu khalifah yang tidak dapat memasuki kota kerana
kegelapan malam. Mari kita uruskan perlindungan mereka."
Setibanya mereka ditempat perkhemahan itu, yang kelihatan hanyalah seorang
perempuan dengan beberapa orang anaknya. Si ibu tadi sedang menjerang secerek
air, sambil memberi salam dia meminta izin untuk mendekatinya.
Umar: "Mengapa
kanak-kanak ini menangis"
Perempuan: Kerana mereka
lapar"
Umar: "Apa yang ada
didalam cerek itu?"
Perempuan: "Hanya air
untuk memperdayakan mereka supaya mereka tidur dengan sangkaan yang makanan
sedang disediakan untuk mereka. Ah, Allah s.w.t.
akan mengadili pengaduanku terhadap Umar pada hari kiamat nanti kerana
membiarkan aku didalam keadaan begini."
Umar:(Menangis)"Semoga Allah
s.w.t. mengampuni kamu tetapi bagaimanakah Umar hendak
mengetahui tentang penderitaan kamu!"
Perempuan:"Orang yang
menjadi Amir patut tahu akan keadaan setiap rakyatnya."
Umar balik kekota dan terus ke Baitulmal. Dia mengisikan sebuah karung
dengan tepung, buah tamar, minyak dan kain baju. Dia mengeluarkan juga sedikit
wang. Apabila karung tadi telah penuh Umar pun berkata kepada Aslam: "Letakkan
karung ini keatas belakangku Aslam"
Aslam: "Tidak, tidak, ya
Amirul Mu'minin! Biar saya yang memikulnya"
Umar: "Apa! Adakah
engkau yang akan memikuli dosaku dihari kiamat kelak? Aku terpaksa memikulinya
kerana akulah yang akan dipersoalkan nanti mengenai perempuan ini"
Dengan perasaan serba salah Aslam meletakkan karung itu diatas belakang
Umar. Dengan diikuti oleh Aslam dia telah berjalan dengan pantas menuju khemah
perempuan itu. Dia memasukkan sedikit tepung, buah tamar dan minyak kedalam
cerek tadi lalu mengacaunya. Dia sendiri meniup bara untuk menyalakan api. Kata
Aslam: "Saya melihat asap mengenai janggutnya"
Sebentar kemudian makanan itu pun siaplah. Umar sendiri menghidangkan
kepada keluarga miskin itu. Selepas kenyang perut kanak-kanak itu, mereka pun
bermainlah dengan gembiranya. Melihat keadaan anak-anaknya, perempuan itu pun
berkata:"Semoga Allah s.w.t. memberi ganjaran
kepada kamu kerana kebaikan hatimu. Sesungguhnya kamu lebih layak memegang
jawatan khalifah daripada Umar." Umar melipurkan hati
perempuan itu lalu berkata: " Apabila kamu datang berjumpa dengan
khalifah, kamu akan menjumpai aku disana."
Setelah melihat kanak-kanak itu bermain beberapa ketika, Umar pun beredar dari
situ. Dalam perjalanan pulang Umar telah bertanya kepada Aslam:"Kamu tahu
tak mengapa aku duduk disitu beberapa ketika?"Aku ingin melihat mereka
bermain-main dan gelak ketawa kerana kesukaan setelah melihat mereka menangis
kelaparan."
Mengikut riwayat ketika mengerjakan solat fajar Umar sering membaca SURAH
"KAHF, TAHA" dan lain-lain surah yang hampir-hampir sama dengan
surah-surah itu. Waktu inilah dia kerap menangis sehingga tangisannya jelas
kedengaran beberpa saf kebelakang. Pada suatu subuh ketika membaca ayat SURAH
"YUSUF" yang bermaksud:
Hanya aku
mengadukan kesusahanku dan kedukacitaanku kepada Allah.
(SURAH YUSUF-86)
Dia telah menangis teresak-esak sehingga tidak dapat
meneruskan pembacaannya.
Wahai kaum muslimin, kisah-kisah Umar yang baru saja diceritakan sepatutnya
dijadikan bahan rujukan oleh kita bersama. Umar diketahui umum merupakan
kesatriaan Islam yang terkenal kerana gagah beraninya. Namanya saja sudah dapat
mengecutkan perut pemusuh-pemusuh Islam. Namun demikian dihadapan Allah
s.w.t. dia menangis ketakutan.
Dimanakah seorang Raja atau Pemimpin negara yang bersedia menunjukkan belas
rahimnya kepada seorang hamba rakyatnya yang hina seperti mana yang telah
ditunjukkan oleh Umar? Demikianlah kesucian, kemurnian dan ketinggian sopan
santun yang dikehendaki oleh Islam, Agama yang kita semua akui sebagai
penganut-penganutnya.
TEGURAN OLEH ABDULLAH BIN ABBAS
Diceritakan oleh Wahab bin Munabbah:
"Abdullah bin Abbas telah kehilangan penglihatannya semasa ia telah tua.
Pada suatu hari aku telah memimpininya ke Masjidil Haram.
Disana ia telah menedengar beberapa orang sedang bertengkar dengan suara yang
lantang. Dia meminta supaya aku membawanya kehadapan mereka. Dia pun memberi
salam kepada mereka, selepas membalas salamnya mereka mempersilakan ia duduk
sambil melahirkan keengganannya berbuat demiakian, dia pun berkata:
"Izinkan aku menceritakan darihal hamba-hamba Allah
s.w.t. yang sebenar-benarnya. Mereka adalah manusia yang tidak ingin
berkata-kata kerana takutkan Allah s.w.t...
Sungguhpun mereka tidak bisu dan sebaliknya dapat menggunakan bahasa dengan
fasihnya tetapi oleh kerana selalu memuji-muji Allah s.w.t..
maka mereka tidak dapat memperkatakan sesuatu yang sia-sia. Apabila mereka tiba
keperingkat keimanan yang demikian rupa maka mereka segera kearah kebaikan.
Mengapakah kamu sekelian telah menyeleweng dari jalan ini? Selepas peristiwa ini
aku tidak melihat manusia berkumpul di Masjidil
Haram."
Kisah Abdullah bin Abbas ini menunjukkan kepada kita suatu jalan yang
sebaik-baiknya untuk mencapai kebaikan. Caranya ialah dengan memikirkan tentang
kebesaran Allah s.w.t. Kalau ini dapat dilakukan
maka lain-lain perbuatan yang baik dapat dilakukan juga dengan senang dan penuh
kejujuran.
GERAKAN BALA TENTERA MUSLIMIN KE
TABUK
Sampai pula berita kepada Nabi
Muhammad s.a.w. bahawa tentera
Rumawi sedang berkumpul hendak datang menyerang. Tanpa membuang masa Nabi
Muhammad s.a.w. telah
mengerahkan kaum Muslimin untuk menyiapkan segala alat kelengkapan berperang.
Kebetulan pada masa itu orang sedang menghadapi musim kemarau yang dahsyat. Oleh
kerana tentera musuh yang bakal dihadapi itu besar dan kemungkinan mengalami
berjenis-jenis kesukaran itu banyak. Orang-orang mewah dan agak berada serta
senang hidupnya, Nabi Muhammad s.a.w..
galakkan menghulurkan pertolongan membekalkan mereka yang susah
Pada masa itu Abu Bakat r.a.hu telah mendermakan segala hartanya. Apabila
ditanya apa yang tinggal kepada keluarganya, ia menjawab:"Aku tinggalkan Allah
s.w.t. dan RasulNya kepada mereka."
Umar r.a.hu telah mendermakan separuh dari harta kekayaannya sedangkan
Usman r.a.hu telah membekalkan alat kelengkapan perperangan untuk sepertiga
daripada semua tentera Muslimin. Tiap-tiap sepuluh orang askar dibekalkan dengan
seekor unta sahaja disebabkan kekurangan binatang ini. Oleh sebab inilah maka
gerakan ketenteraan ini dinamakan "KEMPEN KEPICIKAN".
Tentera-tentera Muslimin terpaksa berjalan jauh dalam cuaca panas terik
membakar ketempat yang ditujui. Kebetulan pada masa itu kebun-kebun mereka penuh
dengan buah-buah tamar yang telah masak. Ini merupakan ujian Allah
s.w.t. terhadap mereka. Tiba-tiba mereka diseru untuk menghadapi musuh
yang paling gagah sebagai menguji keimanan mereka. Natijah keimanan mereka yang
teguh inilah maka mereka tidak ingin ditinggalkan diMadinah kecuali kaum wanita,
kanak-kanak, orang-orang munafik dan mereka yang tidak ada kenderaan. Ada
diantara mereka yang menangis-nangis kerana tidak dapat menyertai Nabi
Muhammad s.a.w. dan tentera-tentera Muslimin yang lain. Mengenai
orang-orang ini Allah s.w.t. telah berfirman yang
bermaksud:
"MEREKA BERPALING SEDANG MATA
MEREKA MENGALIR AIRMATA KERANA SEDIH YANG MEREKA TIDAK ADA KEMAMPUAN YANG BOLEH
MEREKA BELANJAKAN"
Diantara mereka-mereka yang beriman hanya tiga orang
sahaja yang tidak menyertai tentera Muslimin tanpa sebarang alasan.(Kisah
mereka akan dibentangkan sekejap lagi).
Sementara itu dalam perjalan para tentera Muslimin keTabuk, tentera Muslimin
telah sampai ke perkampungan Thamud. Disini Nabi
Muhammad s.a.w. telah menutupi
wajahnya sambil mempercepatkan perjalanannya. Nabi
Muhammad s.a.w. memerintahkan
supaya para sahabatnya berbuat demikian juga. Nabi
Muhammad s.a.w. menasihatikan
mereka supaya menangis dan takutkan penyiksaan Allah s.w.t.
agar Allah s.w.t. tidak mengenakan
siksaan keatas mereka seperti mana yang dikenakan keatas Thamud.
Lihatlah sikap yang dipertunjukkan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya ketika melalui perkampungan Thamud
yang telah dibinasakan oleh Allah s.w.t. Beginilah
pula sikap yang seharusnya dimiliki oleh kita, tetapi kebanyakkan kita tidak
merasa sedih atau takut apabila menghadapi sesuatu malapetaka atau bencana alam.
Sebaliknya kita mengadakan pesta keramaian ditempat berlakunya sesuatu
kecelakaan itu
KISAH TIGA
ORANG MUKMIN YANG TIDAK MENYERTAI NABI KE TABUK
Diantara puak munafikin jumlah yang tidak menyertai
gerakan keTabuk boleh dikatakan banyak juga. Bukan sahaja mereka gagal menyahut
seruan Nabi Muhammad s.a.w. malah mereka cuba
mempengaruhi orang-orang lain supaya berbuat demikian.
Kata mereka: "Janganlah
berpergian dalam keadaan panas" (SURAH AT-TAUBAH
ayat 81)
Allah s.w.t. menjawab: "API
NERAKA LEBIH PANAS LAGI"
Diantara orang-orang yang beriman pula seperti mana yang telah dikatakan tadi,
hanya tiga orang sahaja yang tidak menyertai tentera Muslimin. Mereka ini ialah
Murarak bin Rabi, Hilal bin Umayyah dan Ka'ab bin Malik. Murarah tidak bersama-sama
Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabatnya kerana
buah-buah tamar dikebunnya telah masak dan terpaksa dikutip. Dia menyangka yang
penyertaannya dalam lain-lain peperangan terdahulu daripada ini dapat melepaskan
dirinya daripada peperangan yang sedang dihadapi. Disini dia telah melakukan
kesalahan mementingkan hartanya daripada Allah s.w.t..
Apabila dia menyedari kesalahannya dia mendermakan kebunnya kepada orang. Akan
Hilal pula dia sibuk mendampingi kaum keluarganya yang pulang ke Madinah selepas
meninggalkan kota itu beberapa ketika lamanya. Seperti Murarah, dia juga telah
menyertai beberapa peperangan yang terdahulu.Ternyata yang Hilal telah melakukan
kesalahan mementingkan kaum keluarga nya daripada Allah
s.w.t.. Setelah menyedari kesalahannya dia telah emmutuskan perhubungan
dengan kaum kerabatnya. Mengenai Ka'ab pula, dengarlah cerita seperti yang
diceritakan olehnya sendiri. Cerita Ka'ab ini terkandung didalam semua buku-buku
Hadis. Katanya:
"Semasa berlaku gerakan keTabuk keadaan hidup aku agak mewah.Aku
mempunyai dua ekor unta kepunyaan saya sendiri. Sebelum ini saya tidak pernah
memiliki bilangan unta seperti tersebut tadi. Telah menjadi amalan Nabi
Muhammad s.a.w. yang ia tidak suka memberitahu kepada umum tentang tempat
yang ditujui oleh gerakan tentera Muslimin, tetapi sekali ini oleh kerana
jauhnya perjalanan yang mensti ditempuhi, kerana musim kemarau pada masa itu dan
oleh kerana kekuatan tentara kafir, ia terpaksa menceritakan segala-galanya agar
persiapan-persiapan dapat diperbuat dengan sempurnanya. Orang-orang yang bakal
memnyertai pergerakan keTabuk terlalu banyak
sehingga tidak mungkin diketahui nama-nama mereka semuanya. Demikian juga
payahnya untuk mengetahui nama-nama meraka yang tidak menyertai Nabi
Muhammad s.a.w.. Pada ketika itu kebun-kebun diMadinah telah penuh dengan
buah-buah yang telah masak.Tiap-tiap pagi saya bercita-cita hendak membuat
persiapan-persiapan agar dapat menyertai tentera Muslimin, tetapi entah
bagaimana keazaman saya itu tidak menjadi kenyataan. Saya ketahui benar-benar
yang saya dapat menyertai mereka bila-bila masa sahaja. Dalam keadaan saya yang
demikianlah maka berita mengenai keberangkatan tentera Muslim telah sampai
kepengetahuan saya. Saya masih berpendapat yang saya mendahului mereka sekiranya
saya dapat bersiap sedia dalam sehari-dua."
"Penangguhan saya untuk melakukan sesuatu yang tegas berlanjutan sehingga
tibalah masanya tentera-tentera Muslimin hampir tiba diTabuk. Dalam keadaan yang
demikian pun saya masih juga menangguh-nangguh.Tiba-tiba apabila saya melihat
orang-orang yang tertinggal diMadinah saya menyedari yang kebanyakkan daripada
mereka ini terdiri daripada kaum-kaum munafikin dan mereka yang telah sengaja
diuzurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kerana
sebab-sebab yang tertentu. Setibanya Nabi Muhammad s.a.w.
keTabuk, Baginda s.a.w. pun bertanya: 'Mengapa aku
tidak melihat Ka'ab?" Jawab salah seorang daripada para sahabat: " Ya Nabi
Muhammad s.a.w., kebanggaannya kepada harta dan kesenangan kehidupannya
telah menyebabkan dia tertinggal kebelakang.' Maaz mencelah sambil
berkata:"Tidak, Ini tidak mungkin. Setahu kami dia adalah seorang Mukmin
yang sebenar-benarnya." Nabi Muhammad s.a.w. tidak
mengeluarkan sepatah katapun."
Ka'ab meneruskan ceritanya:
"Selepas beberapa hari saya pun mendengar berita mengenai kepulangan Nabi
Muhammad s.a.w. saya tiba-tiba dirundungi oleh perasaan sedih dan kesal
yang maha hebat. Beberapa alasan iaitu yang mungkin dikemukakan kepada Nabi
Muhammad s.a.w. mengelakkan kemurkaan Baginda
s.a.w. terbayang-bayang dikepala saya. Saya juga telah meminta nasihat
daripada orang-orang yang cerdik pandai dikalangan keluarga saya, tetapi
akhirnya alasan-alasan ini saya ketepikan dan saya membuat keputusan hendak
bercakap benar kepada Nabi Muhammad s.a.w.Telah
menjadi kebiasaan Rasulullah s.a.w.., apabila Baginda
s.a.w.balik dari suatu perjalanan Nabi Muhammad
s.a.w. akan singgah dimasjid untuk mendirikan Solat Tahyatul Masjid serta
beramah mesra dengan pelawat-pelawatnya. Pada ketika ini datanglah orang munafik
bersumpah-sumpah sambil memberi sebab-sebab mengapa mereka tidak menyertai Nabi
Muhammad s.a.w. keTabuk. Nabi Muhammad s.a.w.menerima
saja alasan-alasan yang diucapkan oelh lidah-lidah mereka sedangkan kandungan
batin mereka tinggalkan kepada Allah s.w.t.untuk
membereskannya. Kemudian saya pun tibalah untuk menemui Rasulullah
s.a.w. lantas memberi salam kepada Baginda s.a.w..
Suatu senyuman yang tawar, Baginda s.a.w.
menolehkan mukanya kearah lain. Saya berkata:" Wahai Rasulullah
,Tuan memalingkan muka Tuan dari saya.Demi Allah
s.w.t., saya bukannya munafik dan saya tidak meragui kebenaran agama saya."
Baginda s.a.w. menyuruh saya mendekati lalu
bertanya: "Apa yang menghalangi kamu? Bukankah kamu telah membeli unta?"
Saya menjawab: "Ya Rasulullah s.a.w., kalau
kepada orang lain sudah tentu saya dapat memberi alasan-alasan yang sesuai
kerana Allah s.w.t. telah mengurniakan saya dengan
kefasihan bercakap, tetapi kepada Tuan, walaupun saya dapat memberi
keterangan-keterangan dusta yang memuaskan hati Tuan, sudah tentu Allah
s.w.t. akan memurkai saya. Sebaliknya kalau saya menimbulkan kemarahan
Tuan dengan bercakap benar saya percaya lambat-laun kemarahan Tuan itu akan
dihapuskan oleh Allah s.w.t. . Oleh itu saya
bercakap benar. Demi Allah s.w.t. saya tidak ada
sebarang alasan pun sedangkan pada masa itu hidup saya mewah." Kata Nabi
Muhammad s.a.w."Dia sedang bercakap benar." Kemudian Baginda
s.a.w berkata: "Pergilah kamu dan Allah s.w.t..
akan menentukan sesuatu bagi kamu."
Apabila saya meninggalkan Nabi Muhammad s.a.w..
orang-orang dari puak saya telah menyalahi saya kerana telah bercakap benar
dihadapan Rasulullah. Kata mereka: Kamu sebelum ini
tidak pernah melakukan sebarang kesalahan . Kalaulah setelah memberi satu-satu
alasan yang sesuai, kamu meminta Nabi Muhammad s.a.w.
berdoa untuk diampunkan oleh Allah s.w.t., yang
demikian itu sudah tentu mencukupi. "Kemudian saya bertanya kalau-kalau ada
orang yang hal keadaannya seperti saya. Mereka menceritakan mengenai Hilah bin
Umayyah dan Murarah bin Rabi. Mereka juga telah mengakui kesalahan mereka dan
menerima jawapan yang sama. Saya tahui yang mereka ini adalah penganut-penganut
agama Islam yang sejati dan telah mengambil bahagian dalam Peperangan
Badar. Nabi Muhammad s.a.w. sudah memerintahkan
supaya kami bertiga dipulaukan.Tidak ada seorang pun yang berani bergaul dan
bercakap-cakap dengan kami. Pada masa itu saya berasa seolah-olah saya tinggal
berdagang dirantau orang. Kawan-kawan berkelakuan seperti orang asing. Dunia
yang begitu luas menjadi sempit. Kalau saya mati Nabi
Muhammad s.a.w. tidak akan mengimami sembahyang jenazah saya. Sebaliknya
kalau Baginda s.a.w. wafat sudah tentu
pemboikotan yang dikenakan keatas saya akan berterusan sehingga keakhir hayat
saya. Kawan-kawan saya yang berdua itu tidak menampakkan diri mereka diluar
rumah sedangkan saya memberanikan diri dengan berjalan-jalan dipasar dan
bersembahyang berjemaah tetapi saya tidak dihiraukan oleh sesiapa pun.
Kadang-kadang saya memberanikan diri menghampiri Nabi
Muhammad s.a.w. sambil memberikan salam. Saya menunggu-nuggu jawapannya
dengan penuh harapan.Kerapkali selepas menunaikan solat fardhu saya akan
menunaikan solat sunnat berhampiran dengan Nabi Muhammad
s.a.w. kerana ingin mengetahui sama ada Baginda
s.a.w. akan memandang saya atau tidak. Ya, Baginda
s.a.w. memandangkan saya semasa berada dalam sembahyang. Diluar
sembahyang Baginda s.a.w. memalingkan pandangannya
dari saya."
"Pada suatu hari apabila saya rasa yang saya tidak dapat lagi menderitai
pemulauan sosial yang dikenakan keatas saya, saya telah memanjat tembok kebun
sepupu saya,Qatadah. Saya mengucapkan salam kepadanya tetapi dia tidak menjawab.
Saya menggesanya supaya menjawab hanya satu soalan sahaja. Saya
bertanya:"Engkau tahu atau tidak yang aku mencintai Allah
s.w.t. dan RasulNya?" Soalan saya itu
terpaksa diulangi sebanyak tiga kali. Pada kali yang ketiganya baharulah dia
menjawab:" Hanya Allah s.w.t.dan RasulNya
yang mengetahui." Mendengar jawapannya itu saya menangis lalu
meninggalkannya."
"Pada suatu ketika sedang saya melalui sebatang jalan di Madinah, saya
terpandang akan seorang Kriastian bangsa Mesir yang telah datang dari Sham.
Rupa-rupanya orang itu sedang mencari saya. Apabila orang ramai disitu
menunjukkan saya dia pun menghampiri saya sambil menyerahkan sepucuk surat
daripada Raja Keristian yang memerintah Ghassan. Surat itu berbunyi:" Kami
telah mengetahui akan penganiayaan yang kamu perolehi dari ketua kamu. Allah
s.w.t. tidak akan membiarkan kamu dalam keadaan hina dan malu. Eloklah
kamu menyertai kami dan kami akan memberi segala pertolongan kepada kamu."
Apabila saya membaca surat ini saya mengucapkan:"INNA
LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN." Demikianlah hal keadaan saya
sehingga orang-orang kafir menyangka yang saya akan murtad. Saya tidak dapat
membayangkan segala kecelakaan yang menimpa diri saya. Dengan serta merta saya
mencampakkan surat itu kedalam api dan saya pun terus pergi berjumpa dengan Nabi
Muhammad s.a.w. Kata saya:"Ya Rasulullah s.a.w.,
saya telah tergelincir didalam jurang kehinaan yang amat dahsyat sehinggakan
orang-orang kafir menyangka yang saya akan murtad."
"Selepas empat puluh hari pemboikotan itu berjalan seorang utusan Nabi
Muhammad s.a.w. mendatangi saya dengan membawa satu perintah baru dari
Nabi Muhammad s.a.w. Saya diperintahkan supaya
berpisah dari isteri saya. Saya bertanya kepada utusan itu sama ada isteri saya
terpaksa diceraikan. Dia hanya menmyuruh saya berpsah dari isteri saya. Perintah
yang sama diberikan kepada sahabat-sahabat yg berdua itu. Kata saya kepada
isteri saya:"Pergilah kamu tinggal bersama-sama orangtuamu sehingga Allah
s.w.t. menetukan sesuatu bagiku." Isteri Hilal pun telah pergi
berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w. sambil mengadu
kepada Baginda s.a.w :"Ya
Rasulllah,Hilal sudah tua dan tidak ada orang untuk menjaganya. Kalau aku
meninggalkannya sudah tentu dia akan mati. Izinkan aku supaya menjagainya."Nabi
Muhammad s.a.w. menjawab: "Baiklah tetapi jangan melakukan
perhubungan jenis." Kata isteri Hilal:"Ya Rasulullah
,dia sudah tidak ada keinginan semenjak pemulauan dikenakan keatasnya.
Dia menghabiskan masanya dengan menangis."
Ada orang yang mecadangkan kepada saya supaya meminta kebenaran daripada Nabi
Muhammad s.a.w. untuk membolehkan isteri saya tinggal bersama-sama saya
tetapi saya enggan berbuat demikian kerana saya masih muda sedangkan Hilal sudah
tua. Lagi pula saya tidak berani membuat permintaan yang demikian. Sehingga ini
pemulauan telah dijalankan keatas kami selama lima puluh hari.
Pada pagi yang kelima puluh itu sedang saya duduk-duduk diatas bumbung rumah
saya, setelah melakukan Solat Faja, saya terdengar
orang menjerit dari kemuncak bukit Salak. "Ada berita gembira buat kamu ya
Ka'ab." Sebaik sahaja saya mendengar berita itu saya pun bersujud dengan
gembiranya sambil mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t..
Saya tahu yang saya telah perolehi keampunan daripada Allah
s.w.t.. Sebenarnya
Nabi Muhammad s.a.w. mengistiharkan keampunan Allah
s.w.t. kepada kami bertiga selepas solat Subuh itu.Kemudian datang pula
seorang penunggang kuda membawa berita yang sama. Oleh kerana kegembiraan yang
amat sangat saya telah menghadiahkan pakaian yang terlekat dibadan saya kepada
pembawa berita gembira itu.Pada masa itu saya hanyai miliki pakaian yang sedang
saya pakai tadi. Oleh hal yang demikian saya meminjam sehelai pakaian dari
sahabat saya dan memakai pakaian itu dan saya terus pergi berjumpa dengan Rasulullah
s.a.w.. Apabila saya tiba dimasjid orang-orang yang sedang berbual-buak
dengan Rasulullah s.a.w. datang menerpa dan
memegang tangan saya sambil mengucapkan tahniah. Orang yang mula-mula
mengucapkan tahniah kepada saya ialah Talhah.Kemudian saya pun menyampaikan
salam kepada Nabi Muhammad s.a.w. . Muka Baginda
s.a.w. berseri-seri dengan cahaya kegembiraan. Saya berkata kepada Baginda
s.a.w. :"Ya Rasulullah, saya bercadang
hendak mendermakan semua harta saya sebagai mengucapkan syukur kepada Allah
s.w.t. yang telah sudi menerima taubat saya." Baginda
s.a.w.. berkata: "Janganlah habiskan semua harta kamu. Tinggalkan
sedikit untuk kepentingan dirimu." Saya pun mendermakan harta saya kecuali
rampasan yang diperolehi dalam Peperangan Khaibar."
"Kebenaran telah menyelamatkan saya dan oleh itu saya berazam hendak
bercakap benar pada setiap masa."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar